Thursday, 29 October 2015

PENGALAMAN MENGANDUNG TRIMESTER PERTAMA

Tajuk bukan main clingy, tapi tulah nak share pengalaman pertama mengandung, anak pertama walau entri kali ni aku rasa catchy gila aku rasa macam mak-mak 21 tahun dah pregnant.
Aku jenis rocker kan, dressup pun bukan macam mereka yang dah kahwin. Aku rasa lah, tak tahu pulak kalau korang rasa aku pakai baju macam gaya makcik, pada aku, aku suka pakai baju vintage beli pun dekat bundle lima ringgit sehelai. Biarlah, asal aku selesa pastu tak susahkan orang.

Terus pada tajuk, topik harini nak cerita pasal pengalaman pregnant, alhamdulillah mual tiap hari, pening kepala tiap pagi, perasaan malas mandi & malas gosok gigi dah berkurang. Tapi waktu sekarang ni, minggu ke 14, aku akan rasa pening, memang akan muntah time naik transport je. Tak kisahlah transport apa pun, kereta ke, tren ke, bas ke, even kapal terbang sekalipun aku akan muntah. Paling aku tak tahan, public transport.

Muka terus jadi "mak kau hijau" tahan muntah. Cakap pasal muntah time aku tulis ni pun, aku rasa mual. Seriesly. Bistu, takkan nak muntah dalam plastik, macam selalu aku buat dalam kereta time dengan laki aku. Dia gosok belakang, sapukan ubat "magic" tiap kali aku muntah balik makanan yang baru 5 minit makan. Seksa woi pregnant. Baru aku tahu perasaan mengandung ni susah jugak lah. Lagi-lagi, perhubungan jarak jauh dengan suami. sorang-sorang je tahan sakit dalam bilik. Ada jugak waktu demam, tak larat beli makanan, kawan belikan. Sedih jugaklah lepastu menangis dalam bilik sorang. Kalau bagitahu orang pun, dorang boleh buat apa.

Waktu macam tu, aku banyak tenangkan diri, pikir balik masa mak aku mengandung dulu, mesti dia rasa macam ni jugak. Simptom setiap orang mengandung lain-lain tapi rasa loya semua, semput mesti ada jugak. Kalau orang lain boleh buat, kenapa aku tak boleh?

Masa sebulan mengandung baru tahu aku mengandung, aku  demam teruk. Tapi takpe masa tu, cuti 3 bulan semester break tak habis lagi. Ada husband jaga aku, nak makan apa sume dia belikan. Lepas seminggu baru okay then after high fever, barulah morning sickness aku menyerang. Tapi yang teruknya, bukan waktu pagi je aku nak muntah, tapi tak kira masa. Pagi, petang malam. Every single time. Sebab tulah, orang pregnant ni asyik nak makan asam je sebab mulut dia pahit nak mati aku cakap. Manis aku tolak tepi sebab makan benda manis ni buat mulut makin mual.

Tak selera makan satu hal, nak makan apa pun takde selera. Jangankan orang nak belikan makanan apa pun kau tak tahu nak makan apa. Kau sendiri blur.

Ni baru trimester pertama, banyak benda lagi nak kena tempuh masuk trimester kedua ni. Lepasni rasa nak share apa perasaan bawak 2 atau 3 kilo beban setiap hari. Semput, Tu je aku boleh cerita takat ni. And lepasni, rasa nak share pengalaman checkup di klinik, ubat apa doktor syorkan makan, and kesan aku makan ubat-ubat ni sume. Okay ah, time to sleep. Hope cerita ni boleh bagi panduan dekat bakal ibu kat luar sana yang mual, sakit sume tu perkara biasa kena banyak sabar okay?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...