Friday, 1 January 2016

PERANGAI LELAKI SEBELUM & SELEPAS KAHWIN

hai gais!

bukan main lagi tajuk but that is the most thing i want to share with all of you nowadays especially to those who want to get married, or will get married or just survey perangai jenis apa lelaki lepas berkahwin eh? for me, i prefer to share personal life, my own opinion, experience with you so you as my reader will believe that this is not somewhat stories that i have made of, or sengaja besar-besarkan then you have that bad insights towards our opposite gender which obviously MALE! 

so kalau perangai lelaki lepas kahwin ni buat you rasa takut nak kahwin, it is okaylah! give & take what we supposed to give he take, and what he give you, you take it dalam erti kata lain? terimalah baik buruk pasangan you tu sebab dia pun buat benda yang sama kat kita kan? kita pun ada baik & buruk kita. setiap benda dalam dunia ni kan? ada pros and cons. okay let me give you a clear picture to this, my friend kata sepupu laki dia, keje off shore maksudnya kerja kat lautlah 3 bulan kat darat 3 bulan kat laut. ada jugak yang kerja 2 minggu kat laut dan 2 minggu kat darat. kau bayangkan? bini tengah sarat pregnant 7 bulan, laki dia pulak off shore. balik-balik bini dah deliver, anak dah masuk umur sebulan. kan bapak sedih dah terlepas momen penting dalam hidup tak dapat tengok bini bersalin anak pertama. plus kalau aku lah jadi bini, aku pun sedih terkilan laki aku sendiri tak dapat teman aku beranak sakit sorang-sorang contraction pastu beranak pulak depan doktor laki yang tak pernah jumpa. haru jugaklah. mahunya laki aku balik aku merajuk setahun dengan dia. kalau dia boleh mintak cuti takpe, kalau dia tak boleh cuti? acano? kau pun buat benda sama meroyan macam aku kan? so kerja off shore pros dia kau dapat duit banyak nak kasi makan anak bini tapi kau takleh nak spend masa dengan family kau suka-suka hati macam company tu mak bapak kau punya. same thing kalau tak kerja offshore- dapat spend time masa dengan family, tapi duit cukup-cukup makan je. yang penting, balik pada prinsip asal give & take. so lily, kalau kerja tak offshore pun tapi takde nak spend masa dengan family, duit pun tak cukup, cemana? itu pandai-pandailah bincang laki bini nak gaduh ke sepak terajang ke suka hati kau kalau aku pun akan buat benda tu haha!

so balik pada tajuk kita, perangai lelaki before & after marriage. 

1. CONVERSATION

cakap punya lah baik gila nak mati kalau kau marah dia pun dia tak berani nak bising-bising marah kau balik. okay yang ni mesti korang pun buat kan? tipikal weh kemonlah. every single night, even just 5 minit mesti korang ataupun boyfriend akan call kan? otp katanya (on the phone) benda ni takleh lari dah everyone made same thing. seriusly duh, aku bukan jenis yang suka otp tau tapi my hubby always call me masa dekat foundation dulu. waktu bercintalah paling sweet aku rasa waktu korang korang tak kahwin lagi ni baiklah korang takyah buat benda ni nanti waktu kahwin dah jadi benda biasa trust me takde dah otp 2 jam tiap malam (buat mereka yang tinggal sama-sama takpe) yang aku cakap ni orang yang duduk jauh macam aku ni (PJJ) stands for perhubungan jarak jauh. so apa korang nak buat? solusi kepada masalah ni? aku nasihatkan takyah lah korang habisan topup memahal or buang masa skype or call free tiap malam kahwin je nanti dah kawin baru buat cemni ey OTP every single night or sekejap pun jadilah to maintain ur relationship. barulah tak hambar! alhamdulillah aku pun buat benda ni, even tak call pun, kitorang akan whatsapp jap tanya buat apa hari ni and wish each other good night. cukuplah tu nak sweet-sweet sangat pun takde guna bukan boleh peluk cium pun duk jauh hehe. 

2. IMPORTANT DATES

benda ni pun penting jugak. tarikh penting! dulu waktu couple sebulan sebelum tarikh birthday pun aku rasa dia dah prepare hadiah apa nak kasi dekat kau. bila dah kahwin? haram nak ingat tarikh pun. tak kisah lah birthday ke anniversary ke, apa-apa jela tarikh yang kau rasa keramat tu semua dia lupa dah tak macam waktu bercinta. dia punya surprise subhanallah bagaikan magis di hadapan mata ceh gittue erm aku selalu gak expect laki aku buat surprise tapi nak buat macam mana, dah memang jenis hopeless romantic dia buat surprise pun tak jadi. aku dah tahu dah apa surprise dia  sebab last birthday aku yang ke 21 tahun 2015 ni dia bawak aku pergi cameron highland. tapi kantoi terbagi tahu jugak kat aku sebab aku merajuk dia tak wish birthday pun. haha erm aku pun takde bagi apa hadiah birthday dekat laki aku bukan apa, lelaki pakai barang branded je aku takde duit ma student lagi, ade jugak dia mintak aku belikan kamera baru wah itu nanti-nantilah aku dah kerja aku ingat nak beli jugak one day, hopefully. barang yang aku pernah beli kat dia just tshirt couple haha lame gila "yes & no" kat depan tshirt tu. pastu aku buat surprise kek coklat ekceli tu first time aku baking tau and of course lah tak menjadi kek aku tu, second time baru jadi weh haha. bukan apa, aku kononnya nak buat something yang sentimental valuelah kiranya and tahun ni, still aku tak bagi apa-apa birthday gift pun. sorry eh. saya bagi anak jela dekat awak lagipun ingat senang ke nak mengandung beranak? kiranya ni hadiah paling valuablelah yang aku kasi. 

3. TAHAP KESABARAN

yang ni, paling boleh buat gaduh. nak compare dengan sekarang lambat 5 minit pun boleh gaduh macam perang dunia #3 tahu tak! aku paling sedih benda ni sebab nampak sangat lepas kahwin ni takleh pun nak considerate kita. aku kadang-kadang bukan sengaja, biasalah ponpuan dah siap awal pun last minute aku tukar baju sebab aku tak konpiden dengan diri aku. takkan tu pun takleh nak faham? korang pun alami benda sama tak? kalau ada, cer citer sikit komen dekat bawah kita sharing momen sikit sesama kita. tahap kesabaran dia sekejap je aku kalau boleh nak siap cepat taknak jugak mood dia hilang sebab kita kan, dah memang namanya ponpuan fitrahlah lambat nak iron baju nak mekap nak mandi wangi-wangi nak siap cantik cantik untuk siapa jugak? haa jawab aku tanya, itu pun takleh nak consider. tu belum ada anak lagi, kalau nak cepat sangat apa kata tolong sikit bini kemas barang baju anak pampers masuk dalam beg buat susu siap-siap ni semua kita kena buat sendiri. sedih ar cemni ni buat aku rasa menyesal kahwin baik aku enjoy dulu. takdelah semua aktiviti nak buat terbatas. tapi sabar itu separuh dari iman biasalah 5 tahun pertama ada banyak masalah. aku pun nikah tak sampai setahun lagi. masih baby kalau nak borak panjang bab kahwin. solusi? komunikasilah. bincang dengan partner. tu yang penting.

4. MERAJUK

pernah tak korang baca satu karya dari mamat ni aku lupa nama dia. ayat dia berbunyi begini "jadilah suami yang bijak mengendalikan rajuk isteri. orang perempuan ni akal dia singkat biarpun  dia cerdik. apa yang dia perlukan ialah perhatian, perhatian dan perhatian. jangan cepat marah. berfikirlah dengan tenang. insyaAllah kita akan merasai nikmat kebahagiaan hidup dengannya" fuh power beb. aku tak pernah share quote ni dengan laki aku pun harap dia perasan aku ada screenshot quote ni dalam camera roll sebab waktu pregnant ni aku sensitif gila kut. kalau tetap macam ni lepas pregnant memang meroyan lah jawab dia. but wait, aku rasa aku memang jenis suka   merajuk 24/7 tak kira masa. tapi aku dah cuba ubah kan ada banyak benda aku consider kan dia lambat pun aku takde marah, dia nak keluar lepak sampai esok lusa baru balik pun aku tak bising. tapi tak boleh ke consider sikit perasaan kita sikit pun jadilah. walau macammana pun, hargailah suami korang eh, bersyukurlah dia takde perangai pelik. at least dia rajin cari rezeki untuk keluarga, tak main ponpuan or kaki minum arak or dadah.

5. BERAHSIA

fyi, lelaki yang bergelar suami ni, memang jenis tak suka share kut apa masalah dia. kalau dia ada masalah duit pun, dia takkan cerita dekat kita, kita pulak tahu nak mintak je. kalau macamnilah, jadi apa-apa memang kita takkan tahu apa yang ada dalam hati dia. maybe dia nak kita happy je kut. sobs sobs terasa terharu pulak dengan pengorbanan lelaki ni. BUT the truth is, share. sharing is caring. ada masalah cerita. sharelah baru kita pahamkan apa yang tak kena dengan kita, apa yang dia tak suka kita buat. ni senyap je. ponpuan memang selfish asal benda dia nak dia dapat, dah. 

ehem rasanya cukup takat ni lah hapdet buat kali ni, ni pun rasa panjang yang amat sangat dah ni! hope apa yang lily tulis boleh korang jadikan panduan. yang buruk datang dari i sendiri and yang baik dari Allah. kita as manusia mampu merancang Dia yang menentukan. prinsip hidup saya mudah je "just follow the flow" lantaklah nak jadi apa pun lepasni. saja je nak share cerita sebab takde gambar OOTD nak post so kali ni kita tulis cerita pulak once in a while. 

buat lelaki kat luar sana ingatlah "jika isterimu menitiskan airmata semasa ada perbalahan denganmu, bergembiralah dan pujuklah dia kerana cinta dan sayangnya padamu masih utuh. akan tetapi jika sudah tiada reaksi dari isterimu itu maknanya yang tinggal hanyalah rasa hormat dan bertanggungjawab padamu".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...