Tuesday, 27 December 2016

PEREMPUAN MEMANG PELIK


orang perempuan ni, tak akan pernah ada direct conversation dengan dia sebabtu ada banyak post orang berkenaan perangai pelik wanita cakap berbelit-belit, sebenarnya dia nak je cuma cakap taknak, taknak means taknak, nak means taknak.
paham tak? kau paham tak? KAU TAK PAHAM PUN KAN? HAHA bodoh mengaku bodoh haha, dia nak kau paham dia je sebenarnya, deep inside.
lelaki ni kalau nak kata bodoh tak jugak, sebab dia tahu perempuan tu merajuk tapi yelah cakap bodoh lah senang cerita sebab dia buat dek je kalaupun dia tahu perempuan tu merajuk dengan dia, lagi teruk dimaki hamun sesedap rasa.
tapi tulah, perangai bodoh sombong kau lah buat dia fedup sebab kau tak pernah nak faham, kau kata kau paham, tapi tak paham-paham jugak, sebabtu kau duk asyik ulang gaduh benda sama dengan dia.
eh baca buku tu je pun, aku tak suruh kau khatam baca hadith nabi bab perkahwinan nanti kau cop aku alim-alim kucing pulak, yang sebaiknya bacalah quran hadith yang menerangkan lagi details hukm-hakam perkahwinan ni.
macamni jelah, aku sarankan korang khatam lah buku "man from venus, woman from mars" ke tajuk dia terbalik macamtulah kut, tak reti english kau baca bm version, baru kau senang sikit nak paham perempuan ataupun kalau yang dah kawin tu aman-damailah sikit marriages life kau.
aku sebenarnya tengah ada masalah lah aku ada banyak idea nak menulis kalau tak hareeee nak cari mood menulis, lagilah nak tulis sebaik ini, sekalian tu jelah kut yang aku boleh cakap (lelaki kalau malas nak membaca ni jangan cakap kau stress nak handle bini kau kalau dia buat perangai) dah kau yang pemalas nak baca tips-tips thorbaik dari aku ni.
penulis buku yang aku syorkan tu memanglah kafir, tapi ada betulnya apa yang dia tulis dari segi kajian sains (scientific research) & seumpama dengannya haa lagi baiknya kau khatam lah quran dengan bait-bait maksud sekali, persiapkan diri kau wahai lelaki untuk membimbing sejenis kaum yang teramat pelik di dunia ni.
akhir kata, nak copy paste pun mintaklah izin dulu ya takpun kasilah credit sikit untuk rakyat picisan macam aku ni, at least blog aku dapat naik views sikit ehek.

Monday, 26 December 2016

PEREMPUAN MENGANDUNG SANGAT SENSITIF?

Assalamualaikum, harini nak menulis pasal pengalaman mengandung seorang diri je di universiti. Saya adalah seorang pelajar tahun satu semester 2 di UIAM semasa mengandungkan anak pertama saya, Ali Imran. Tak dapat nak menyatakan dengan jelas bagaimana perasaan saya sebagai seorang perempuan mengandung trimester ke-2 apabila berjauhan dengan suami, dimana saya survive seorang diri je di universiti. Suami saya bekerja sebagai seorang jurugambar dan mempunyai sebuah studio di negeri Kelantan, oleh kerana terikat dengan studio yang berada di Kelantan, maka saya seorang diri disini, UIAM GOMBAK. Mungkin juga untuk mengurangkan kadar kos sewa rumah yang mahal di sekitar KUALA LUMPUR, maka suami saya memilih untuk berada di Kelantan sahaja. Buat pengetahuan semua, fasa trimester kedua adalah fasa dimana saya baru sahaja mengalami peralihan simptom (mabuk, loya, muntah-muntah). Tapi masih juga ada mual ketika bangun pagi, jadi saya terpaksa mengagahkan diri ke kelas. Hari-hari saya berazam tinggi untuk tidak meninggalkan kelas walaupun saya mabuk mengandung.

Tujuan saya menulis nukilan ini sebetulnya, untuk memberitahu bakal ibu betapa kita perlu kuat melawan perasaan sendiri, jangan disebabkan mengandung menjadikan ia suatu alasan untuk kita cengeng, mengharapkan simpati orang lain apatah lagi suami.


Sejujurnya, saya merasa sangat terkilan sewaktu saya melalui waktu-waktu penting sebegini (mengandung anak pertama) saya harus survive seorang diri tanpa bantuan suami atau kawan tidak seperti wanita lain. Mungkin ada juga segelintir yang mengalami nasib seperti saya, tetapi kami tidak mempunyai pilihan, hidup juga perlu diteruskan. Visi & misi hidup saya pada ketika itu hanyalah "follow the follow" sahaja.


Ramai yang mengajukan soalan, tak sedih ke jauh dari suami? Macamana kalau tak sihat? Mengidam macam mana? Pada saya, takde istilah mengidam dalam hidup pada masa itu. Suatu ketika pernah juga saya merasa ingin kepada sesuatu tetapi tiada berdaya untuk memuaskan kehendak sendiri. Saya selalu demam juga ke klinik bersendirian. Apabila menaiki public transport, saya harus berhenti di setiap stesen untuk sober up kerana mual & muntah-muntah. Saya selalu merasa sedih terkilan apabila membaca postingan status kawan saya yang juga mengandung seperti saya tetapi dia mempunyai suami disisi, mengatakan bahawa "yes, craving satisfied, thanks hubby" mungkin juga perasaan mengandung terlalu sensitif sehingga terbawa-bawa tidur kenapa aku juga tidak diperlakukan sebegitu rupa. Apabila saya ke klinik (di uiam) setiap hari khamis, kawan saya selalu ditemani suami, katanya suaminya rajin memanjakan beliau sewaktu mengandung, susu setiap malam dibancuhnya, urutan kecil sebelum tidur. Saya sedih. Setiap malam, menangis seorang diri di bilik asrama. Tetapi pada masa yang sama, saya juga merasa bangga, saya bisa hidup seorang diri bersama anak tanpa sesiapa, ke kelas bersama, study bersama, makan seorang diri di cafe bersama.

Saya tidak menyalahkan suami, atas apa yang dia tak dapat tunaikan setiap permintaan saya, kerana dia juga harus follow the flow, memenuhi tuntutan kerja demi menyara saya di universiti. Kami harus belajar hidup berdua, susah-senang berdua, saya akur. Buat ibu-ibu yang membaca tulisan saya ini, kuatkanlah semangat anda, lawanlah perasaan yang itu. Jangan terbawa-bawa diri sehingga menyusahkan suami dan keluarga. Banyak yang saya baca, kebelakangan ini wanita-wanita hanya memikirkan perasaan sendiri tanpa memikirkan perasaan suami lalu menulis perkara yang tidak seharusnya ditulis di media sosial. Bukan awak je yang mengandung, orang lain pun mengandung. Sebetulnya, orang lain tidak membagi perhatian keatas apa yang terjadi cuma awak sahaja yang telah membuka segala aib diri sendiri.

Saya juga sebegitu pada asalnya, tetapi setelah ditegur baik oleh suami, keluarga juga rakan, saya berusaha membaiki kelemahan diri saya untuk terus bersabar dan tidak menulis perkara buruk tentang sesiapa pun bermula dari sekarang. Anda juga boleh. Yang penting berusaha.




Friday, 16 December 2016

THAT SHOES THO

salam girls! awak semua dah biasa kan dengan postingan blog saya dengan OOTDs, pengalaman saya, life update saya, kali ni saya dah jump in into new hobbies iaitu vlogging!  vlogging adalah gabungan bloging dengan video blog so jadilah vlogging! saya selalu post update terbaru starting this week di akaun YOU TUBE saya so feel free to subscribe & comment di ruangan komen ya! saya akan bercakap dengan awak semua thru lensa kamera je kali ni sebab  ia paling senang dengan cara sebegitu. 

satu perkara lagi, saya akan update postingan terbaru dengan berbahasa melayu je sebab saya baru je menerima email dari adsense menyuruh saya berblog dalam bahasa melayu sahaja untuk sekaligus mempromoting MALAY LANGUAGE to another native speaker all over the world. 

pendapat saya, memang patut kita sebagai anak jati melayu seharusnya merasa bangga dengan bahasa ibunda kita, berbeza dengan masyarakat zaman teknologi ni kalau tak reti speaking je mereka akan memandang rendah orang tersebut bila mana ia adalah sangat tidak patut dibuat. 

saya tengah mencuba sekarang ni ;) so bear with me, adapun bahasa saya terlalu baku, mengikut buku saya kira itu tiada masalah kan? hehe so enjoy OOTD kalini tidak diedit lansung terus dipost je. 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...