Monday, 26 December 2016

PEREMPUAN MENGANDUNG SANGAT SENSITIF?

Assalamualaikum, harini nak menulis pasal pengalaman mengandung seorang diri je di universiti. Saya adalah seorang pelajar tahun satu semester 2 di UIAM semasa mengandungkan anak pertama saya, Ali Imran. Tak dapat nak menyatakan dengan jelas bagaimana perasaan saya sebagai seorang perempuan mengandung trimester ke-2 apabila berjauhan dengan suami, dimana saya survive seorang diri je di universiti. Suami saya bekerja sebagai seorang jurugambar dan mempunyai sebuah studio di negeri Kelantan, oleh kerana terikat dengan studio yang berada di Kelantan, maka saya seorang diri disini, UIAM GOMBAK. Mungkin juga untuk mengurangkan kadar kos sewa rumah yang mahal di sekitar KUALA LUMPUR, maka suami saya memilih untuk berada di Kelantan sahaja. Buat pengetahuan semua, fasa trimester kedua adalah fasa dimana saya baru sahaja mengalami peralihan simptom (mabuk, loya, muntah-muntah). Tapi masih juga ada mual ketika bangun pagi, jadi saya terpaksa mengagahkan diri ke kelas. Hari-hari saya berazam tinggi untuk tidak meninggalkan kelas walaupun saya mabuk mengandung.

Tujuan saya menulis nukilan ini sebetulnya, untuk memberitahu bakal ibu betapa kita perlu kuat melawan perasaan sendiri, jangan disebabkan mengandung menjadikan ia suatu alasan untuk kita cengeng, mengharapkan simpati orang lain apatah lagi suami.


Sejujurnya, saya merasa sangat terkilan sewaktu saya melalui waktu-waktu penting sebegini (mengandung anak pertama) saya harus survive seorang diri tanpa bantuan suami atau kawan tidak seperti wanita lain. Mungkin ada juga segelintir yang mengalami nasib seperti saya, tetapi kami tidak mempunyai pilihan, hidup juga perlu diteruskan. Visi & misi hidup saya pada ketika itu hanyalah "follow the follow" sahaja.


Ramai yang mengajukan soalan, tak sedih ke jauh dari suami? Macamana kalau tak sihat? Mengidam macam mana? Pada saya, takde istilah mengidam dalam hidup pada masa itu. Suatu ketika pernah juga saya merasa ingin kepada sesuatu tetapi tiada berdaya untuk memuaskan kehendak sendiri. Saya selalu demam juga ke klinik bersendirian. Apabila menaiki public transport, saya harus berhenti di setiap stesen untuk sober up kerana mual & muntah-muntah. Saya selalu merasa sedih terkilan apabila membaca postingan status kawan saya yang juga mengandung seperti saya tetapi dia mempunyai suami disisi, mengatakan bahawa "yes, craving satisfied, thanks hubby" mungkin juga perasaan mengandung terlalu sensitif sehingga terbawa-bawa tidur kenapa aku juga tidak diperlakukan sebegitu rupa. Apabila saya ke klinik (di uiam) setiap hari khamis, kawan saya selalu ditemani suami, katanya suaminya rajin memanjakan beliau sewaktu mengandung, susu setiap malam dibancuhnya, urutan kecil sebelum tidur. Saya sedih. Setiap malam, menangis seorang diri di bilik asrama. Tetapi pada masa yang sama, saya juga merasa bangga, saya bisa hidup seorang diri bersama anak tanpa sesiapa, ke kelas bersama, study bersama, makan seorang diri di cafe bersama.

Saya tidak menyalahkan suami, atas apa yang dia tak dapat tunaikan setiap permintaan saya, kerana dia juga harus follow the flow, memenuhi tuntutan kerja demi menyara saya di universiti. Kami harus belajar hidup berdua, susah-senang berdua, saya akur. Buat ibu-ibu yang membaca tulisan saya ini, kuatkanlah semangat anda, lawanlah perasaan yang itu. Jangan terbawa-bawa diri sehingga menyusahkan suami dan keluarga. Banyak yang saya baca, kebelakangan ini wanita-wanita hanya memikirkan perasaan sendiri tanpa memikirkan perasaan suami lalu menulis perkara yang tidak seharusnya ditulis di media sosial. Bukan awak je yang mengandung, orang lain pun mengandung. Sebetulnya, orang lain tidak membagi perhatian keatas apa yang terjadi cuma awak sahaja yang telah membuka segala aib diri sendiri.

Saya juga sebegitu pada asalnya, tetapi setelah ditegur baik oleh suami, keluarga juga rakan, saya berusaha membaiki kelemahan diri saya untuk terus bersabar dan tidak menulis perkara buruk tentang sesiapa pun bermula dari sekarang. Anda juga boleh. Yang penting berusaha.




2 comments:

  1. Smart blog... header kecik sket height dio focus kat kunci mu n nua... baru smart

    ReplyDelete
  2. terima kasih di atas komen anda, saya sudah mencuba untuk mengecilkan saiz tetpi tidak berjaya huhu mungkin perlu dicuba lagi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...